Cinta tidak mampu dibicarakan biar beribu kalimat disusun kerana cinta itu rasa dan rasa hanya dapat diceritakan dengan rasa. Semoga kita dirahmati Allah swt… semoga kita mencintaiNya lebih dari yang baru. Jika cinta sudah dikota, masakan jiwa masih sengsara.

salam perkenalan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog saya.

Wednesday, August 18, 2010

Tegur


seringkali konsep tegur ni bukan semua orang boleh terima. lebih-lebih lagi ianya melibatkan orang yang lebih berumur dari kita. ianya akan jadi lebih hangat apabila melibatkan keluarga spt adik-beradik dll.

bersambung dari kisah 'jadilah orang yang anda sukai' ... aku nak cerita sikit tentang sikap 'tegur'. akibat dari perselisihan faham kerana terlebih ego & perasan bagus dalam memberikan pendapat maka berlakulah adegan yang tak sepatutnya berlaku.

andaikata dia tersedar dari kesilapannya lalu datang dan kemudian ceritakan hal sebenar, kalo tak mintak maaf pon, paling tidak sejuk la hati ni sikit. boleh la dibawak berbincang ke, kalo kena marah pon terima lah, dah silap 'awak' ni yang buat kacau. ni tidak, bila ditanya ... kasi provoke lagi ada la. dah la aku ni mmg tgh marah ... emm... mmg nak kena la jawapnya. nama je berjawatan tahap profesional. kaya dengan teori tapi zero bab praktikal ni. lebih2 lagi melibatkan hak orang & juga hati serta perasaan orang lain.

nampaknya macam takde muhasabah diri bersempena bulan puasa ni. dia boleh pulak melibatkan orang lain pasal masalah ni. bukannya nak bawak selesai tp lebih selesa ceritakan kat orang lain padahal bermulanya semua cerita ni, tak lain & tak bukan berpunca dari 'awak' juga.

orang yang mendengar & melihat dari satu sudut pandangan yang lain, akhirnya akan dapat menilai.

bukannya kita ni tak bertimbang rasa ... dah banyak kali kitaorang bertimbangrasa, tapi kali ni sudah lebih.

Read more...