Cinta tidak mampu dibicarakan biar beribu kalimat disusun kerana cinta itu rasa dan rasa hanya dapat diceritakan dengan rasa. Semoga kita dirahmati Allah swt… semoga kita mencintaiNya lebih dari yang baru. Jika cinta sudah dikota, masakan jiwa masih sengsara.

salam perkenalan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog saya.

Saturday, May 21, 2011

Happy Birthday Untuk Aku.......


Dah 3 hari berlalu ya .... Dan dah 3 hari jugak la umur aku bertambah 1 angka lg. Terharu rasenya dpt ucapan dari anak2, & especially tentulah ucapan dari suami tersayang, & yg paling aku terharu emak mesti takkan lupa saban tahun call dari kg seawal pg utk wish birthday diiringi dgn ucapan berupa doa. Hampir menangis aku mendengarnya. Tak lupa juga ucapan terima kasih pd kwn2 FB yg memberi ucapan. Ada yg aku reply tp msh byk lg yg aku belum reply Bulan ini juga berganda ucapan yg aku terima ... Happy Mother's Day & Happy Birthday ....

Ucapan dari suami (sms) "slamat hari lahir sayang ... syg doakan jd anak, ibu & isteri yg berjaya di dunia & akhirat, punya kerjaya yg bagus, bisnes yg hebat, usahawan gemilang, hidup senang & mudah, dapat rezeki dari semua arah & semua kejayaan beserta kekayaan utk sayang selamanya... amin"

Aku juga dpt kad yg dibuat sendiri oleh anak2ku, simple tp bisa membuat aku amat terharu .... "ibu,, happy birthday, terima kasih sebab jaga adik, sediakan makanan utk adik, basuhkan baju adik. Adik sayang ibu ...."

Read more...

Tuesday, March 15, 2011

nak citer apa


apa aku nak citer ari ni ek?
Read more...

Sunday, February 27, 2011

Apa yang aku nak menungkan lagi??



Aku pernah membuat keputusan untuk berpindah dari sini. Banyak penyebabnya kenape aku tergamak & terpaksa buat keputusan tsb. Segala2nya boleh aku terima tp kdg2 emosi & perasaan aku kerap terguris & tiada sesape yang perasan. Dari sedih yg terpendam, lama-kelamaan kalo dibiarkan akan bertukar marah. Tp, itulah dia,.... aku tak dapat ubah semuanya, aku juga tak dapat pecahkan tradisi yg dah sebati dlm idup masing2.
Aku akur, walopon kdg2 aku tak rela. Aku diam walo kdg2 jiwa aku memberontak. Aku tahan, aku cuba jd sabar kalo hati aku disakiti.
Dalam diam, rupanya aku masih punya naluri seorang anak. Aku masih ada rasa kasih & sayang. Walopon, zahirnya tak terlihat, jauh di sudut hati aku yang paling dalam nih, cuma aku jer yang mengerti perasaan itu. Akhirnya atas kesedaran sendiri, aku batalkan niat aku, hasrat & harapan sendiri.
Biarlah aku terus tinggal di sini. Paling tidak, aku bakal mengutip pengalaman. Sungguh, selama ni aku langsung tak kisah dgn apa yg aku miliki di sini. Sebenarnya, aku punya sesuatu di sini. Kehidupan aku yang bukan saje ada kebahagiaan tp turut terselit pahit maungnya, tanggungjawab & pengorbanan. Bak kata suami aku yg sungguh2 mengerti, ada sesuatu yg dapat dibanggakan sebenarnya, bukan utk tunjukkan kat org lain tp utk tunjukkan pada diri sendiri bahawa aku amat mampu sebenarnya.
Di sinilah dulu bermulanya hidup aku, yang mengajar aku segala2nya ttg hidup yg sentiasa menagih ketabahan & kesabaran. Apa yang paling bererti, adalah dugaan dan pengajaran yang tak mungkin aku perolehi kalo aku tinggal cuma dikelilingi anak2 & suami.
Aku yakin, esok pasti menjanjikan kebahagiaan .....
Jadi, kenapa mesti aku termenung lagi?
Read more...