Cinta tidak mampu dibicarakan biar beribu kalimat disusun kerana cinta itu rasa dan rasa hanya dapat diceritakan dengan rasa. Semoga kita dirahmati Allah swt… semoga kita mencintaiNya lebih dari yang baru. Jika cinta sudah dikota, masakan jiwa masih sengsara.

salam perkenalan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog saya.

Friday, December 10, 2010

Sunyi yang Mencengkam Perasaan





Musim cuti sekolah dah lama bermula. Cuti kali ni, kesemua anak2ku bercuti di kg kat rumah opahnya di Pontian, Johor. Mulanya cuma anak yang besar2 je stay kat sane, tp mak aku ckp alang2 bercuti biar semua dok kat kg.

Sekarang ni mereka masih di sana, baru seminggu yg lepas aku & suami balik sambil melepaskan rindu pada mak, abah & sume adik2, kami tinggalkan kesemua anak kat kg. Mujur time cuti ni, ada adik. Jadi takde masalah ttg penjagaan adam 4thn & dina 3thn. Takdela membebankan mak dan abah di sana, cuma mungkin suasana sunyi sebelum ni bertukar jadi riuh-rendah. Almaklumlah .... rumah atas, bayangkan bila cucu-cucu berkumpul, berlari2, bermain2, jadi dah kurang waktu santai utk mak & abah melelapkan mata di waktu siang. Bila anak2 buah aku yg lain dapat tau sepupunya nak dok lama kat rumah opahnya, diowank yang lain pun nak join sekali.

Dah seminggu jugaklah aku berseorangan tanpa anak2 kat Ijok, Selangor ni. Mujur juga aku mmg tinggal serumah dgn mak & bapak mertua sejak kahwen, jd adalah kawan untuk sembang2 waktu ptg @ malam time bila balek kerja @ time bila hujung minggu.

Suami pulak dlm sebln 2 @ 3 kali baru balik, tu pun kalo takde keja pd sabtu @ ahad. Outstation kali ni agak jauh nun kat Pekan, Kuala Pahang, UMP site still under construction. So, selagi tak siap ... kat situ la dia. Lg pon, architecture works da start, tu yg tak bole balek slalu.

Aku pon keja kat site gak, skrg ni projek klinik kesihatan 3 kat Bestari Jaya, S'gor dah nak hand over pon. Tempat keja aku ni takdelah jauh pon. 15mnt dr rumah dah pon sampai ke tmpt keja. Mmg takde masalah nak harung jam setiap kali nak ke tmpt keja berbanding aku keja ngan consultant (QS firm) kat KL dulu. Time keja kali ni, aku enjoy skali. Sebelum gi keja, ade mase nak buat sarapan, bole tgk anak2 yg gi sekolah naik van setiap pg, antar 2 org anak kecik ke rumah babysitter dia. Pandai sungguh adam & dina, diowank mesti nak mandi dulu sblm dihantar ke sana. Bila ptg, jam 5.30 aku dah sampai pon nak amek diowank balek. Lps balek keja, aku ade masa nak buat cendawan goreng ke, tempe goreng ke utk minum ptg. Cuma kena rajin, kalo malas nak buat, mase byk skali pon takkan jadinya.

Tapi .. nampak gayenya, siap projek ni ... aku mgkn akan stay kat umah ajer ... jd surirumah sepenuh mase la pulak. Pasalnya aku tak sanggup dihantar kat projek yg jauh. Kali ni mmg jauh. Sumenya di luar S'gor. Yang ade kat Machap la, kat Ipoh, kat Lumut. Takpe la ... kena la aku mengundurkan diri dari company tu. Biarlah suami aku jer yg outstation. Hrp2 permohonan keja kat tmpt statik (tak pindah randah mcm keja kat projek site) dapat.

Bila malam, kdg2 aku rase sunyi yang teramat sgt. Jam 9mlm, biasenya mak & bapak mertua aku dah masuk tidur. Nak2 time tu tv takde citer best @ kedit tepon dah abes. Bila merasai sunyi mcm ni, mmg sunyi yg mencengkam perasaan. Hari pertama kat umah, slps balek keja ... time tu abang pon dah balek Pahang .... aku nangis sendiri kat bilik. Rindu kat anak2. Tp abang kata, jangan difikirkan sgt, buat2 byk keja. Mengemas rumah ke, lap tingkap ke, kemas bilik mak ke, baca buku ke ... ape2 la yg boleh hilangkan rindu tu. Betul juga ckp suami aku, kalo aku rindu ada juga mak & bapak sbg peneman rindu aku, tp suami aku tu, lg la menanggung rindu kat anak2 & isteri (aku la tu ...)

Teringat balek time aku kecik dulu, dulu aku stay dgn arwah nenek & atuk kat johor sdgkan mak, abah & adek2 aku yg laen dok kat Ipoh. Abah aku ckp, atuk aku ada minta cucu2 yg laen dok kt kg, tp sorang pon anak2nya taknak bg, last2 abah aku buat keputusan letak aku kat kg sbg peneman mereka. Bayangkan aku dok sane start drjh2 sampailah drjh5. Balek ke Ipoh pon mmg teramat jarang skali. Time raya @ cuti sekolah pon aku jarang balek. Setiap kali tiba musim cuti panjang sekolah, aku tertunggu2 kedatangan abah aku nak bawak aku balek ke Ipoh semula.

Skrg ni ... ini lah perasaan yang aku alami dulu .... Terasa sunyi sekali. Rindunya amat mencengkam dada. Mase tu takde gambar pengubat rindu, takde telefon nak dengar suare mak, surat yg aku kirim pon abah tak balas ... Aku ingat lg ... time sekolah adalah time yg best skali sbb ada kawan2 bermain & berbual. Bila malam hari aku terasa tak sabar nak ke sekolah esoknya. Bila time cuti sekolah .... itulah yg buat aku buntu, bingung tak tau nak buat ape. Jadilah aku seorang budak yang berbual dengan pokok (masa tu byk pokok buah rambutan, manggis & duku keliling rumah). Mase tu aku slalu bercakap sendirian menyatakan betapa rindunya aku pada mak, abah & adik2. Dada terasa amat berat & sarat sekali. Dan aku jd seorg budak yg pendiam. Tp kat sekola aku okey, kalo periksa pon slalu dpt no.2 @ no.3. Time tu aku mmg jd cucu kesayangan arwah nenek & atok aku ...

Sesunyi skrg ni pon takdelah sesunyi mcm mase aku kecik2 kat kg dulu. Sesekali, time skrg ni ... teringat balek kisah aku dulu. Aku tau sunyi ni akan berakhir tak lame lg bila aku akan balek kg amik anak2 semula. Aku pon tak sanggup nak berpindah ke rumah laen (duduk sendiri) sbb sudah tentu mak & bapak mertua aku juga akan berasa sunyi yg teramat sgt. Mujur juga ada adek aku & anak2nya duduk skali ngan mak & abah aku di kg, adalah peneman di kala sunyi & rindu ngan anak2 yg jauh ....

Tapi Allah Maha Besar Lagi Maha Mengetahui .... kerana inilah masenya utk aku menikmati indahnya bersujud padaNya, mengadu nasib, memohon keredhaanNya, bercerita denganNya ttg semuanya, ttg ape saje yg aku lalui di siang hari di kala semua umat sedang lena nyenyak dibuai mimpi. Sesuatu yang telah ditakdirkan, tentu ada hikmah & maksud yg tersirat di sebalik kejadianNya. Itu aku tak boleh sangkal. Kerana rindu & sunyi juga, aku slalu terpandangkan sebentang langit yang biru.
Read more...