Cinta tidak mampu dibicarakan biar beribu kalimat disusun kerana cinta itu rasa dan rasa hanya dapat diceritakan dengan rasa. Semoga kita dirahmati Allah swt… semoga kita mencintaiNya lebih dari yang baru. Jika cinta sudah dikota, masakan jiwa masih sengsara.

salam perkenalan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog saya.

Tuesday, August 31, 2010

Home » » Hukum Alam

Hukum Alam


Baru-baru ni, aku terima satu email yang membincangkan tentang konsep 'Law of Attraction'. Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah, hukum alam berkesan
terhadap semua orang tak kira orang itu baik ataupun jahat.

Salah satu hukum yang difahami oleh kita semua ialah hukum graviti di mana hukum
graviti merupakan salah satu hukum alam juga. Jadi cuba kita gunakan hukum ini sebagai contoh.

Ok, jika 'seseorang yang baik' ditolak oleh 'seseorang yang jahat' dari sebuah
bangunan tinggi, cuba kita teka siapakah yang akan mati?

Hukum graviti tak peduli sama ada seseorang itu baik atau jahat. Ia
cuma bertindak ke atas setiap jasad di muka bumi ini pada setiap
masa.

Pernahkah anda melihat seseorang terapung-apung di udara kerana
hatinya baik?

Berbalik kepada persoalan 'mengapakah sesuatu perkara yang baik berlaku kepada orang yang jahat'.

Salah satu sebabnya adalah kuasa fokus. Apabila seseorang
menyakitkan hati kita, memang menjadi kebiasaan kita akan asyik memikirkan
perkara-perkara yang buruk tentang orang itu.

Menurut Law of Attraction, apabila kita fokuskan perhatian kita
kepada sesuatu perkara, kita sebenarnya memberi tenaga kita kepada
perkara tersebut dan kita akan menarik perkara tersebut kepada kita.

Jadi apabila kita bencikan seseorang, kita sebenarnya sedang
memberi tenaga kita kepadanya. Akibatnya, kita menarik lebih banyak
perkara-perkara yang kita benci tersebut kepada kita.

Dan orang yang menerima tenaga kita pula akan menjadi lebih bertuah
dan banyak perkara-perkara yang baik akan berlaku kepadanya.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, elakkan emosi
negatif. Daripada membiarkan emosi negatif mengawal diri kita
adalah lebih baik jika kita memikirkan tentang perkara yang baik
seperti bersyukur dan berdoa. Betul tak?

Apa pula pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment