Cinta tidak mampu dibicarakan biar beribu kalimat disusun kerana cinta itu rasa dan rasa hanya dapat diceritakan dengan rasa. Semoga kita dirahmati Allah swt… semoga kita mencintaiNya lebih dari yang baru. Jika cinta sudah dikota, masakan jiwa masih sengsara.

salam perkenalan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog saya.

Tuesday, August 10, 2010

Home » » Jadilah orang yang disukai

Jadilah orang yang disukai


Apakah yang kita akan buat andaikata 'orang-orang' yang kita tak suka tu masuk ke dalam kehidupan kita. Senang cakap, kita takde mende buat apa-apa kat dia, tup-tup 'mangkuk' ni masuk ke dalam kehidupan seharian kita yang tengah aman-damai ni dan buat kacau (bikin onar) dalam hidup kita?

kalo kesannya setakat kena kat kita sorang tu ok lagi, tapi macam mane kalo perbuatan 'si mangkuk' tu melibatkan kita sekeluarga?

kalo aku, memang aku marah .... "ini sudah lebih ..."

pada aku la kan, kalo kita nak bagi pendapat kat sesapa la yang bertanya tuh kalo ianya melibatkan bende yang takde perasaan, contohnya beg ke, rumah ke, kereta ke ... apa-apalah, ok la. bagi lah pendapat korang yang bernas tu.

tapi kalo nak bagi pendapat tapi melibatkan seseorang yang dah tentunya punya hati dan perasaan, aku rasa sebelum cakap lebih baik fikir banyak kali. baik atau buruk dari ayat yang terkeluar dari mulut kita ni, akan dinilaikan oleh orang yang mendengar tu. apatah lagi ianya melibatkan keputusan terhadap sesuatu perkara, aku rasa, lebih baik kita biarkan hal tu ditanya direct pada empunya diri. kalo tak dapat dicontact pun, apalah salahnya bagitau aje no contact ke, email ke, link facebook ke .... senang citer.

kalo kita memilih jalan yang selamat macam ni, tentulah hubungan kita sesama manusia akan aman lagi damai. takdelah sampai nak kena bertumbuk .... betul tak kawan-kawan?

oklah, dari sudut hati aku yang paling dalam .... tipulah kalo aku tak marah, kecewa, geram, paling tidak aku sakit hati. paling tidak aku akan cari kenapa benda ni berlaku, sape yang gatal mulut tu, bersemuka, dah tu tanyalah apa yang aku nak tanya. memanglah kalo nak diikutkan hal tu, dah berlaku, dah lepas pon ... tapi penjelasan yang aku minta tu kenalah jujur. tapi kalo aku tanya ... mangkuk tu pulak sudah kasi aku panas hati .... memang patotlah kena dari aku.

konon-konon nak perbaiki keadaan, tapi dah jadi semakin rumit lebih-lebih lagi melibatkan oang yang ada hati dan perasaan.

kita mungkin nak sampaikan pendapat kita tapi secara tanpa kita sedar, rupa-rupanya kita dah buat orang lain marah ..... secara tak langsung ini menampakkan yang kita ni TIDAK SENSITIF LANGSUNG untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

dalam masa yang sama juga, si mangkuk tu akan dilabel sebagai 'biawak yang terjelir-jelir lidahnya di tepi parit tali air yang busuk lagi kotor airnya'

semuanya bermula dari diri kita. bukan orang lain. bukan imej, bukan harta @ banyak duit ...

0 comments:

Post a Comment